BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 28 September 2011

Sinopsis Kursus PJM 3102

Bismillah.

Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang perlu untuk melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan asas; pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor; model permainan kanak-kanak; bantu pelajar memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pergerakan aktiviti seharian dan dalam permainan; jenis-jenis permainan yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak dan diaplikasi pelbagai pergerakan dalam semua jenis permainan di peringkat yang lebih tinggi.

Sunday 25 September 2011

Panduan Pelaksanaan Permainan 4

4.4 Peraturan dan Syarat-Syarat Permainan Fut-Basket
  • Masa permainan adalah selama 10 minit.
  • Permainan akan diadili oleh seorang pengadil.
  • Setiap pasukan perlu mempunyai sekurang-kurangnya lima orang pemain.
  • Hanya lima orang pemain sahaja daripada setiap kumpulan dibenarkan untuk berada di dalam gelanggang permainan pada satu-satu masa. (10 orang dalam satu gelanggang). Selebihnya akan menjadi pemain simpanan.
  • Pemain yang mengasari pihak lawan akan dikenakan amaran pertama dan jika didapati mengulangi kesalahan yang sama akan dibuang daripada gelanggang.
  • Permainan hanya menggunakan kaki sewaktu hendak membawa bola (seperti menggelecek dan menyepak) dan menggunakan tangan sewaktu hendak membuat jaringan. Amaran pertama akan diberikan jika pemain gagal mengikut peraturan permainan.
  • Jika bola keluar daripada gelanggang, pihak lawan akan membawa bola.
  • Tiada masa rehat diperuntukkan. Tamat separuh masa pertama, pemain akan bertukar gelanggang dan setelah semuanya bersedia permainan akan diteruskan.
  • Pertukaran pemain boleh dilakukan tanpa kebenaran daripada pengadil pada bila-bila masa.
  • Keputusan pengadil adalah muktamad.

Panduan Pelaksanaan Permainan 3

4.3 Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan


Lakaran Gelanggang Permainan Fut-Basket


Penerangan Mengenai Gelanggang Permainan

      Boleh dimainkan di mana sahaja. Jika ada gelanggang futsal, gelanggang ini juga boleh digunakan sebagai tempat untuk bermain.
      Gelanggang “Fut-Basket” mempunyai beberapa zon:

       I.            Zon jaringan-jaraknya 4meter daripada garisan.
    II.            Zon mata-jaraknya 4meter daripada garisan.

      Mempunyai sebuah bakul disetiap belah kawasan pasukan
     sebagai tempat jaringan.

Panduan Pelaksanaan Permainan 2

4.2 Prosedur Pelaksanaan Permainan
  • Sebelum memulakan permainan, kedua-dua pasukan akan diundi dengan melambung duit syiling bagi menentukan pasukan mana yang akan memulakan dahulu permainan.
  • Salah seorang ketua pasukan akan ke zon mata pada setiap kali sebelum permainan bermula.
  • Ketua pasukan akan membaling batu di zon mata dalam jarak 4 meter dari garisan ke salah satu kotak mata. Setelah memilih mata, barulah permainan bermula.
  • Permainan “Fut-Basket” seiras permainan futsal.
  • Permain boleh mengatur strategi dengan mengelecek bola dari pihak lawan sehingga sampai ke zon jaringan.
  • Setelah sampai ke zon jaringan, pemain hendaklah memegang bola dan terus membuat jaringan dalam masa 10 saat.
  • Jika bola masuk ke dalam bakul, mata yang dapat adalah mata yang mula-mula dipilih oleh ketua pasukan semasa di zon mata.
  • Selepas itu, giliran pasukan lawan pula mengulangi step yang sama tadi.
  • Masa setiap separuh masa adalah 5 minit.
  •  Jika seri, pemain akan bermain sepakan penalti.

Panduan Pelaksanaan Permainan 1

4.1 Senarai Jenis Alatan

  • BAKUL (bakul sampah,bakul ikan dan lain-lain yang sesuai).


  • BOLA (boleh diperbuat daripada gumpalan kertas surat khabar atau bola sepak, bola futsal).

Matlamat dan Objektif Permainan Fut - Basket

2.0 Matlamat Permainan Fut-Basket

Matlamat Permainan Fut – Basket ini adalah untuk membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal, emosi dan sosial yang sihat serta melahirkan warganegara yang cemerlang, berdisiplin dan bersatu padu. Oleh itu, permainan ini haruslah mengandungi unsur-unsur pendidikan, etika, dan perpaduan.

3.0 Objektif Permainan Fut-Basket

Di akhir pembelajaran permainan ini, murid-murid dapat :
  • ·       Membentuk personaliti yang baik.
  • ·       Memupuk sikap bekerjasama antara ahli kumpulan.
  • ·       Membina semangat kesukanan yang tinggi.
  • ·       Bermain sebagai satu kumpulan yang mantap.
  • ·       Bersosial dan berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira kaum.
  • ·       Menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran dalam pelajaran lain dalam permainan ini. 



1.0 Permainan Kanak-Kanak - Serangan / Kawasan (Nama Permainan)

Nama Permainan :

FUT - BASKET

Pengenalan :

Permainan ini merupakan gabungan daripada dua jenis permainan iaitu ‘Futsal’ dan ‘Basket Ball’. Berdasarkan hasil kajian dan pemerhatian yang telah dilaksanakan, kami telah mendapat idea untuk mencipta sebuah permainan kanak-kanak iaitu “Fut-Basket”. Permainan ini amat sesuai untuk dimainkan oleh kanak-kanak tidak kira lelaki mahu pun perempuan. Cara bermainnya seakan-akan seperti permainan futsal tetapi diberikan kelainan agar permainan ini menjadi lebih menarik dan mudah untuk dilaksanakan.