Wednesday 28 September 2011
Sinopsis Kursus PJM 3102
Posted by BM (A) at 23:41 0 comments
Sunday 25 September 2011
Panduan Pelaksanaan Permainan 4
- Masa permainan adalah selama 10 minit.
- Permainan akan diadili oleh seorang pengadil.
- Setiap pasukan perlu mempunyai sekurang-kurangnya lima orang pemain.
- Hanya lima orang pemain sahaja daripada setiap kumpulan dibenarkan untuk berada di dalam gelanggang permainan pada satu-satu masa. (10 orang dalam satu gelanggang). Selebihnya akan menjadi pemain simpanan.
- Pemain yang mengasari pihak lawan akan dikenakan amaran pertama dan jika didapati mengulangi kesalahan yang sama akan dibuang daripada gelanggang.
- Permainan hanya menggunakan kaki sewaktu hendak membawa bola (seperti menggelecek dan menyepak) dan menggunakan tangan sewaktu hendak membuat jaringan. Amaran pertama akan diberikan jika pemain gagal mengikut peraturan permainan.
- Jika bola keluar daripada gelanggang, pihak lawan akan membawa bola.
- Tiada masa rehat diperuntukkan. Tamat separuh masa pertama, pemain akan bertukar gelanggang dan setelah semuanya bersedia permainan akan diteruskan.
- Pertukaran pemain boleh dilakukan tanpa kebenaran daripada pengadil pada bila-bila masa.
- Keputusan pengadil adalah muktamad.
Posted by BM (A) at 08:35 0 comments
Panduan Pelaksanaan Permainan 3
Lakaran Gelanggang Permainan Fut-Basket |
Posted by BM (A) at 08:23 0 comments
Panduan Pelaksanaan Permainan 2
- Sebelum memulakan permainan, kedua-dua pasukan akan diundi dengan melambung duit syiling bagi menentukan pasukan mana yang akan memulakan dahulu permainan.
- Salah seorang ketua pasukan akan ke zon mata pada setiap kali sebelum permainan bermula.
- Ketua pasukan akan membaling batu di zon mata dalam jarak 4 meter dari garisan ke salah satu kotak mata. Setelah memilih mata, barulah permainan bermula.
- Permainan “Fut-Basket” seiras permainan futsal.
- Permain boleh mengatur strategi dengan mengelecek bola dari pihak lawan sehingga sampai ke zon jaringan.
- Setelah sampai ke zon jaringan, pemain hendaklah memegang bola dan terus membuat jaringan dalam masa 10 saat.
- Jika bola masuk ke dalam bakul, mata yang dapat adalah mata yang mula-mula dipilih oleh ketua pasukan semasa di zon mata.
- Selepas itu, giliran pasukan lawan pula mengulangi step yang sama tadi.
- Masa setiap separuh masa adalah 5 minit.
- Jika seri, pemain akan bermain sepakan penalti.
Posted by BM (A) at 08:11 0 comments
Panduan Pelaksanaan Permainan 1
- BAKUL (bakul sampah,bakul ikan dan lain-lain yang sesuai).
- BOLA (boleh diperbuat daripada gumpalan kertas surat khabar atau bola sepak, bola futsal).
Posted by BM (A) at 08:04 0 comments
Matlamat dan Objektif Permainan Fut - Basket
- · Membentuk personaliti yang baik.
- · Memupuk sikap bekerjasama antara ahli kumpulan.
- · Membina semangat kesukanan yang tinggi.
- · Bermain sebagai satu kumpulan yang mantap.
- · Bersosial dan berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira kaum.
- · Menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran dalam pelajaran lain dalam permainan ini.
Posted by BM (A) at 07:55 0 comments
1.0 Permainan Kanak-Kanak - Serangan / Kawasan (Nama Permainan)
Posted by BM (A) at 07:42 0 comments
Monday 19 September 2011
Ciri-Ciri Permainan Kanak-Kanak
Posted by BM (A) at 21:52 0 comments
Labels: PJM 3102
Kemahiran Yang Digilap Daripada Permainan Kanak-Kanak
Posted by BM (A) at 21:50 0 comments
Labels: PJM 3102
Aspek Yang Dibina Dalam Permainan Kanak-Kanak
Posted by BM (A) at 21:46 0 comments
Labels: PJM 3102
Kepentingan Permainan Kanak-Kanak
Posted by BM (A) at 21:43 0 comments
Labels: PJM 3102
Konsep Permainan Kanak-Kanak
Posted by BM (A) at 21:39 0 comments
Labels: PJM 3102