BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 19 September 2011

Konsep Permainan Kanak-Kanak

KONSEP

Bertujuan untuk memberi keseronokan dan kepuasan disamping sebagai pengenalan kepada permainan-permainan utama.

MATLAMAT

Berperanan sebagai satu saluran untuk mempraktikkan integrasi dan toleransi bagi membina sifat-sifat kerjasama dan semangat kesukanan disamping  menggalakkan murid-murid berfikir, menyelesaikan masalah dan berkreatif.

OBJEKTIF

1. Pengajaran bertujuan penguasaan kemahiran dan teknik bersukan yang akhirnya akan membentuk ke arah penguasaan kemahiran sukan tertentu.

2. Pengajaran kemahiran dan teknik merupakan faktor kedua penting dalam membentuk kesedaran terhadap taktik melalui eksplorasi dalam prinsip permainan.

3. Kesedaran bahawa majoriti murid-murid tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pemain berkemahiran tinggi, tetapi mereka berkapasiti untuk menguasai sebahagian kemahiran untuk bermain pada tahap yang menyeronokkan.

4. Keseronokan dalam bermain tertakluk kepada keputusan yang dibuat atas kesedaran terhadap taktik. (Thorpe and Bunker, 1882 )

‘Much of the pleasure involved in games playing lies in making correct decisions in the light  of tactical awareness’ (Bunker and Thorpe , 1982 )

5. Tugas guru adalah untuk mencipta situasi supaya murid-murid dapat membina kemahiran yang diperlukan untuk melakukannya dalam situasi permainan. Penguasaan kemahiran dapat dilihat pada konteks keupayaan murid dan situasi permainan – terserlah melalui permainan.

6. Fokus utama dalam pendekatan mengajar permainan adalah kesedaran taktikal dan membuat keputusan selain dari membina  kemahiran dan teknik.

7. Memberi peluang kepada semua murid  selain dari mengukur keupayaan fizikal,      berperanan  utama dalam permainan,  sayugia menjana jati diri  ( self-esteem  ) dan  keperluan diri ( personal fulfillment ).

8. Murid-murid digalakkan bermain pada tahap keupayaan taktikal masing-masing – memastikan tahap kejayaan dan keseronokkan untuk semua.

0 comments: