BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 28 September 2011

Sinopsis Kursus PJM 3102

Bismillah.

Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang perlu untuk melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan asas; pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor; model permainan kanak-kanak; bantu pelajar memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pergerakan aktiviti seharian dan dalam permainan; jenis-jenis permainan yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak dan diaplikasi pelbagai pergerakan dalam semua jenis permainan di peringkat yang lebih tinggi.

Sunday 25 September 2011

Panduan Pelaksanaan Permainan 4

4.4 Peraturan dan Syarat-Syarat Permainan Fut-Basket
  • Masa permainan adalah selama 10 minit.
  • Permainan akan diadili oleh seorang pengadil.
  • Setiap pasukan perlu mempunyai sekurang-kurangnya lima orang pemain.
  • Hanya lima orang pemain sahaja daripada setiap kumpulan dibenarkan untuk berada di dalam gelanggang permainan pada satu-satu masa. (10 orang dalam satu gelanggang). Selebihnya akan menjadi pemain simpanan.
  • Pemain yang mengasari pihak lawan akan dikenakan amaran pertama dan jika didapati mengulangi kesalahan yang sama akan dibuang daripada gelanggang.
  • Permainan hanya menggunakan kaki sewaktu hendak membawa bola (seperti menggelecek dan menyepak) dan menggunakan tangan sewaktu hendak membuat jaringan. Amaran pertama akan diberikan jika pemain gagal mengikut peraturan permainan.
  • Jika bola keluar daripada gelanggang, pihak lawan akan membawa bola.
  • Tiada masa rehat diperuntukkan. Tamat separuh masa pertama, pemain akan bertukar gelanggang dan setelah semuanya bersedia permainan akan diteruskan.
  • Pertukaran pemain boleh dilakukan tanpa kebenaran daripada pengadil pada bila-bila masa.
  • Keputusan pengadil adalah muktamad.

Panduan Pelaksanaan Permainan 3

4.3 Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan


Lakaran Gelanggang Permainan Fut-Basket


Penerangan Mengenai Gelanggang Permainan

      Boleh dimainkan di mana sahaja. Jika ada gelanggang futsal, gelanggang ini juga boleh digunakan sebagai tempat untuk bermain.
      Gelanggang “Fut-Basket” mempunyai beberapa zon:

       I.            Zon jaringan-jaraknya 4meter daripada garisan.
    II.            Zon mata-jaraknya 4meter daripada garisan.

      Mempunyai sebuah bakul disetiap belah kawasan pasukan
     sebagai tempat jaringan.

Panduan Pelaksanaan Permainan 2

4.2 Prosedur Pelaksanaan Permainan
  • Sebelum memulakan permainan, kedua-dua pasukan akan diundi dengan melambung duit syiling bagi menentukan pasukan mana yang akan memulakan dahulu permainan.
  • Salah seorang ketua pasukan akan ke zon mata pada setiap kali sebelum permainan bermula.
  • Ketua pasukan akan membaling batu di zon mata dalam jarak 4 meter dari garisan ke salah satu kotak mata. Setelah memilih mata, barulah permainan bermula.
  • Permainan “Fut-Basket” seiras permainan futsal.
  • Permain boleh mengatur strategi dengan mengelecek bola dari pihak lawan sehingga sampai ke zon jaringan.
  • Setelah sampai ke zon jaringan, pemain hendaklah memegang bola dan terus membuat jaringan dalam masa 10 saat.
  • Jika bola masuk ke dalam bakul, mata yang dapat adalah mata yang mula-mula dipilih oleh ketua pasukan semasa di zon mata.
  • Selepas itu, giliran pasukan lawan pula mengulangi step yang sama tadi.
  • Masa setiap separuh masa adalah 5 minit.
  •  Jika seri, pemain akan bermain sepakan penalti.

Panduan Pelaksanaan Permainan 1

4.1 Senarai Jenis Alatan

  • BAKUL (bakul sampah,bakul ikan dan lain-lain yang sesuai).


  • BOLA (boleh diperbuat daripada gumpalan kertas surat khabar atau bola sepak, bola futsal).

Matlamat dan Objektif Permainan Fut - Basket

2.0 Matlamat Permainan Fut-Basket

Matlamat Permainan Fut – Basket ini adalah untuk membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal, emosi dan sosial yang sihat serta melahirkan warganegara yang cemerlang, berdisiplin dan bersatu padu. Oleh itu, permainan ini haruslah mengandungi unsur-unsur pendidikan, etika, dan perpaduan.

3.0 Objektif Permainan Fut-Basket

Di akhir pembelajaran permainan ini, murid-murid dapat :
  • ·       Membentuk personaliti yang baik.
  • ·       Memupuk sikap bekerjasama antara ahli kumpulan.
  • ·       Membina semangat kesukanan yang tinggi.
  • ·       Bermain sebagai satu kumpulan yang mantap.
  • ·       Bersosial dan berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira kaum.
  • ·       Menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran dalam pelajaran lain dalam permainan ini. 



1.0 Permainan Kanak-Kanak - Serangan / Kawasan (Nama Permainan)

Nama Permainan :

FUT - BASKET

Pengenalan :

Permainan ini merupakan gabungan daripada dua jenis permainan iaitu ‘Futsal’ dan ‘Basket Ball’. Berdasarkan hasil kajian dan pemerhatian yang telah dilaksanakan, kami telah mendapat idea untuk mencipta sebuah permainan kanak-kanak iaitu “Fut-Basket”. Permainan ini amat sesuai untuk dimainkan oleh kanak-kanak tidak kira lelaki mahu pun perempuan. Cara bermainnya seakan-akan seperti permainan futsal tetapi diberikan kelainan agar permainan ini menjadi lebih menarik dan mudah untuk dilaksanakan.  

Monday 19 September 2011

Ciri-Ciri Permainan Kanak-Kanak

Ciri- Ciri Permainan Kanak-Kanak

1. Memberi  Pembelajaran  yang  Lebih  Sempurna

2. Mempraktikkan  Ansur  Maju

3. Menimba  Pengalaman  Bermain  Secara  Berpasukan

4. Pengalaman Bertanding

5. Sebahagaian daripada Kurikulum

6. Memupuk  Kecergasan  Fizikal


Kebaikan

• Jenis permainan ini tidak kompleks

• Strukturnya ringkas dan sedikit kemahiran diperlukan

• Membawa keseronokan,memberi kejutan keputusan dibuat serta-merta

• Bersifat hiburan dan membawa pelajar ke alam imaginasi

• Boleh dimainkan dalam tempoh masa yang singkat

• Memerlukan sedikit atau tanpa alatan

• Senang ditadbir dan peraturannya sedikit

Kemahiran Yang Digilap Daripada Permainan Kanak-Kanak

Pembangunan  Kemahiran  Motor

1. membangunkan  kemahiran  lokomotor

2. membangunkan  kemahiran  bukan  lokomotor

3. membangunkan  kemahiran   pengawalan  bola

4. membangunkan  kecergasan  fizikal  


Pembangunan  Kognitif

1. meningkatkan  keupayaan  mematuhi  arahan

2. menolong  dalam  pemahaman  peraturan

3. menggalakkan  kreativiti  dan  imaginasi 

4. menambah  perbendaharaan  kata  kanak-kanak


Pembangunan  Afektif-sosial

1. mempelajari  hidup  bersama  dengan  orang  lain  dalam  situasi  sosial   

2. menggalakkan  keadilan

3. menggalakkan  mematuhi  peraturan-peratuan  

4. membangunkan  semangat  kesukanan  yang  baik

5. membangunkan  kualiti  kepimpinan

6. membangunkan  semagat  bekerjasama 

Aspek Yang Dibina Dalam Permainan Kanak-Kanak

Permainan membantu kanak-kanak dalam aspek berikut:

• membantu kanak-kanak memahami aktiviti di sekitar mereka. Kanak-kanak belajar melalui penglibatan secara terus dan pengalaman langsung.

• membantu pembentukan personaliti melalui kerjasama, berkongsi, mengikut peraturan, inisiatif dan kesedaran tentang kebersihan dan urutan.

• meningkatkan keyakinan diri.

• meningkatkan kebolehan fizikal dari aspek motor halus dan motor kasar.

• memberi peluang mengenal persekitaran fizikal, seperti saiz, bentuk, warna, berat, tekstur dan jenis.

• sebagai salah satu cara kanak-kanak meluahkan perasaan gembira, marah dan geram.

• mengembangkan kebolehan kreatif semasa menyelesaikan masalah dalam permainan.

• sebagai latihan menyelesaikan masalah dengan pelbagai percubaan.

• sebagai satu kaedah berkomunikasi dan berinteraksi.

• meningkatkan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata kanak-kanak.

Kepentingan Permainan Kanak-Kanak

Permainan kanak-kanak merupakan permainan yang mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan Jasmani bagi murid-murid di sekolah rendah. Walaupun objektif jangka pendek permainan kanak-kanak adalah untuk menghiburkan murid-murid, tetapi permainan kanak-kanak memberi sumbangan yang baik dan berkesan terhadap perkembangan kognitif, minda serta perkembangan diri murid-murid.

Permainan kanak-kanak di dalam pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah merupakan kegiatan yang dipimpin dan diawasi oleh guru sentiasa dengan kawalan yang rapi. Menerusi permainan kanak-kanak, murid-murid dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Ini dapat membantu murid dalam mengenal pasti bakat dan kebolehan murid tersebut.

Permainan kanak-kanak digalakkan di dalam Pendidikan Jasmani kerana permainan kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang memudahkan guru menjalankan pengelolaannya. Selain itu, permainan tersebut berperanan mendedahkan murid-murid kepada kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Di harap dengan pelaksanaan permainan yang berkesan akan melahirkan murid yang cemerlang baik dari segi akademik serta sahsiah yang tinggi dalam menempuh cabaran yang mendatang sebagai seorang murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Permainan  adalah  penting  di  sekolah  rendah  dan  kanak-kanak berminat  terhadapnya  terutama  aktiviti  yang  melibatkan pergerakan.

Konsep Permainan Kanak-Kanak

KONSEP

Bertujuan untuk memberi keseronokan dan kepuasan disamping sebagai pengenalan kepada permainan-permainan utama.

MATLAMAT

Berperanan sebagai satu saluran untuk mempraktikkan integrasi dan toleransi bagi membina sifat-sifat kerjasama dan semangat kesukanan disamping  menggalakkan murid-murid berfikir, menyelesaikan masalah dan berkreatif.

OBJEKTIF

1. Pengajaran bertujuan penguasaan kemahiran dan teknik bersukan yang akhirnya akan membentuk ke arah penguasaan kemahiran sukan tertentu.

2. Pengajaran kemahiran dan teknik merupakan faktor kedua penting dalam membentuk kesedaran terhadap taktik melalui eksplorasi dalam prinsip permainan.

3. Kesedaran bahawa majoriti murid-murid tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pemain berkemahiran tinggi, tetapi mereka berkapasiti untuk menguasai sebahagian kemahiran untuk bermain pada tahap yang menyeronokkan.

4. Keseronokan dalam bermain tertakluk kepada keputusan yang dibuat atas kesedaran terhadap taktik. (Thorpe and Bunker, 1882 )

‘Much of the pleasure involved in games playing lies in making correct decisions in the light  of tactical awareness’ (Bunker and Thorpe , 1982 )

5. Tugas guru adalah untuk mencipta situasi supaya murid-murid dapat membina kemahiran yang diperlukan untuk melakukannya dalam situasi permainan. Penguasaan kemahiran dapat dilihat pada konteks keupayaan murid dan situasi permainan – terserlah melalui permainan.

6. Fokus utama dalam pendekatan mengajar permainan adalah kesedaran taktikal dan membuat keputusan selain dari membina  kemahiran dan teknik.

7. Memberi peluang kepada semua murid  selain dari mengukur keupayaan fizikal,      berperanan  utama dalam permainan,  sayugia menjana jati diri  ( self-esteem  ) dan  keperluan diri ( personal fulfillment ).

8. Murid-murid digalakkan bermain pada tahap keupayaan taktikal masing-masing – memastikan tahap kejayaan dan keseronokkan untuk semua.