4.4 Peraturan dan Syarat-Syarat Permainan Fut-Basket
- Masa permainan adalah selama 10 minit.
- Permainan akan diadili oleh seorang pengadil.
- Setiap pasukan perlu mempunyai sekurang-kurangnya lima orang pemain.
- Hanya lima orang pemain sahaja daripada setiap kumpulan dibenarkan untuk berada di dalam gelanggang permainan pada satu-satu masa. (10 orang dalam satu gelanggang). Selebihnya akan menjadi pemain simpanan.
- Pemain yang mengasari pihak lawan akan dikenakan amaran pertama dan jika didapati mengulangi kesalahan yang sama akan dibuang daripada gelanggang.
- Permainan hanya menggunakan kaki sewaktu hendak membawa bola (seperti menggelecek dan menyepak) dan menggunakan tangan sewaktu hendak membuat jaringan. Amaran pertama akan diberikan jika pemain gagal mengikut peraturan permainan.
- Jika bola keluar daripada gelanggang, pihak lawan akan membawa bola.
- Tiada masa rehat diperuntukkan. Tamat separuh masa pertama, pemain akan bertukar gelanggang dan setelah semuanya bersedia permainan akan diteruskan.
- Pertukaran pemain boleh dilakukan tanpa kebenaran daripada pengadil pada bila-bila masa.
- Keputusan pengadil adalah muktamad.
0 comments:
Post a Comment